Psychology

Psychology

Selasa, 31 Ogos 2010

SKALA PENGUKURAN DALAM PSIKOLOGI


Jenis-Jenis Skala Pengukuran

Sikap boleh diukur menggunakan skala pengukuran yang berlainan iaitu:
a)  Skala Nominal
·         Objek dikategorikan mengikut tanda/kumpulan yang “mutual eksklusif”, di   mana tidak perlu ada perkaitan diantara kategori.
·         Tidak perlu aturan atau ruangan
·         Contoh 1 = lelaki, 2 = perempuan (tidak ada 1.5 atau pengukuran lain di antaranya).
·         Contoh lain: umur, pekerjaan tetap dan bangsa.

b)   Skala Ordinal
·         Objek disusun dengan mengaturnya mengikut satu aturan angkubah umum.
·         Skala mengkategorikan pembolehubah untuk melambangkan perbezaan kualitatif diantara pelbagai kategori dan menyusun atur pembolehubah berkenaan.  Penyusunan dibuat mengikut keutamaan dan diberi nombor 1, 2 dan seterusnya.
·         Contoh : Responden dikehendaki menyatakan keutamaan mereka dengan menyusun 5 kebaikan menggunakan periuk nasi eletrik.

Kegunaan                                            Susunan

1. Mengukus ikan                                 _______________
2. Memasak nasi                                  _______________          
3. Memasak sup                                   _______________
4. Menggoreng ikan                             _______________
5. Memasak kari ayam                          _______________




c)   Skala Interval (Sela)
·         Membenarkan kita untuk melaksanakan operasi aritmatik ke atas data yang dikumpul dari responden.
·         Ia mempunyai ciri-ciri skala nominal dan skala ordinal juga “Equality of Interval”.
·         Ia bukan sahaja membahagikan individu kepada kategori dan membuat susunan keutamaan tetapi juga mengukur besarnya perbezaan dalam keutamaan individu itu.
·         Contoh :

Sangat Tidak Setuju
Tidak Setuju
Tidak Pasti
Setuju
Sangat Setuju
Mengukus ikan
1
2
3
4
5
Memasak nasi
1
2
3
4
5
Memasak sup
1
2
3
4
5
Menggoreng ikan
1
2
3
4
5
Memasak kari ayam
1
2
3
4
5



d)   Skala Nisbah
·         Skala paling mudah dan berkuasa kerana ia mempunyai titik sifar asal yang unik (bukan titik rambang yang asal).
·         Ia mengumpulkan semua sifat diantara semua skala.
·         Contoh :  Orang yang mempunyai berat 80 kg adalah 2 kali lebih berat dari orang yang mempunyai berat 40 kg.  Mengganda atau membahagikan kedua-dua nombor ini dengan sebarang nombor diberi akan memberikan nisbah 2:1
Contoh lain : umur sebenar, pendapatan dan lain-lain.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan