Psychology

Psychology

Selasa, 21 September 2010

PSIKOLOGI BILAZIM

By Elie Alvarez

1.     PENGENALAN
o    Kita kadang kala kita berfikir, bertingkah laku secara yang tidak lazim (normal)/tidak seperti kebiasaan.
o    Dalam kehidupan seharian, kita sering melihat manusia yang “tidak siuman”, bertingkah laku tidak seperti orang yang “normal”.
o    Ini merupakan tumpuan bidang yang dikenali sebagai psikologi lazim, kecelaruan psikologi, kecelaruan mental.
2.     KONSEP PSIKOLOGI BILAZIM
o    Sukar untuk didefinisikan, agak subjektif; mungkin bilazim pada sesuatu budaya tetapi tidak kepada budaya yang lain. Namun definisinya:
o    Adakah tingkah laku itu asing bagi budaya itu sendiri?
§  Tingkah laku bilazim bersifat kualitatif
§  Tingkah laku bilazim bersifat kuantitatif
o    Adakah tingkah laku itu menyebabkan tekanan peribadi?
o    Adakah tingkah laku itu adaptif?
o    Adakah orang tersebut berbahaya kepada diri sendiri dan juga orang lain?
o    Adakah orang tersebut secara sah di sisi undang-undang bertanggungjawab ke atas tingkah lakunya?
3.     PENDEKATAN KEPADA PSIKOLOG BILAZIM
o    Telah dikaji sejak zaman lampau.
o    Hippocrates – ketidakseimbangan cecair (humor)
o    Pada kurun ke-16: kepercayaan tentang peranan cahaya bulan kepada kecelaruan – lunatic (lunar – bulan).
o    Sekarang – teori biologi dan psikologi cuba menerangkannya.
4.     Banyak cara manusia zaman lampau menangani masalah kecelaruan psikologi
5.     Perspektif Perubatan/Biogenik
o    Faktor biologi :- ketidakseimbangan biokimia (hormon & neuropancar), struktur otak dan penyakit.Pengubatan gunakan kejutan elektrik, dan psikosurgeri.
o    Faktor Genetik: perwarisan (kajian kembar seiras).
o    Neuropemancar: tahap norepinefrina, serotonin, dan dopamin, asetilkolina dan GABA dalam otak.
o    Ritma biologi: mengatur putaran biologi (eg tidur/jaga); gangguan kepada ritma ini boleh mencelarukan (kajian di negara sejuk).
6.     Perspektif Psikodinamik
o    Perspektif Psikoanalisis: Frued dakwa adalah akibat konflik bawah sedar (tidak dapat diselesaikan di per awal); ego tidak dapat membela diri.
o    Perkembangan personaliti Erikson: konflik antara keperluan dengan budaya; ketidakmapuan untuk berkembang seterusnya kerana belum ada kemahiran yang diperlukan – tidak boleh berkembang selagi kemahiran di peringkat sebelumnya tidak diperolehi.
7.     Perspektif Tingkah Laku
o    Pendekatan Behaviorisme
o    Kesemua tingkah laku adalah dipelajari dan diperteguhkan
o    Kecelaruan psikologi adalah dipelajari.
o    Tingkah laku daripada pengalaman lalu, atau kerana gagal mempelajari cara tingkah laku yang sesuai. Contoh malu.
8.     Pendekatan Kognitif
o    Kecelaruan berlaku kerana kesilapan berfikir dan persepsi yang herot (distorted) – secara salah. Bimbang dan murung kerana pemikiran kita.
o    Perspektif Jean Piaget: pengalaman dan persepsi kanak-kanak dicabar oleh rangsangan yang berubah-ubah (apa yang difikir berbeza dengan apa yang sebenar berlaku di persekitaran).
9.      
o    Perspektif Aaron Beck: kecelaruan berlaku kerana salah konsepsi dan interpretasi terhadap pengalaman; kepercayaan teras (skema) mempengaruhi salah interpretasi kepada pengalaman, dan mempengaruhi psikologi (menjadi murung, etc) – seterusnya mempunyai persepsi negatif terhadap diri dan persekitaran.
10.                        Pendekatan Humanistik
o    Menekankan bahawa manusia mampu mencapai potensi yang tertinggi.
o    Kegagalan / halangan untuk mencapai apa yang ingin dicapai menyebabkan manusia boleh mengalami kecelaruan.
o    Mengikut Maslow manusia yang tidak mampu memenuhi keperluan pertumbuhan (sosial, harga kendiri dan penyempurnaan kendiri) boleh mengalami gangguan psikologi.
11.                        Pendekatan Lain
o    Teori feminism: menekankan bagaimana masyarakat lebih pro kepada lelaki,lebih memberatkan ciri-ciri kelelakian.
o    Masyarakat menganggap piawaian tingkah laku betul adalah pada lelaki.
o    Kesemua ini membataskan wanita untuk berkembang dengan sebaik mungkin
12.                        Teori Krisis
o    : Teori Krisis menekankan bagaimana manusia bertindak balas terhadap peristiwa-peristiwa hidup. (Berkaitan stress)
o    Bergantung kepada:
§  Persepsi tentang krisis
§  Pengalaman lalu menangani krisis
§  Kemampuan daya tindak terhadap krisis
§  Sistem sokongan yang ada
o    Sekiranya manusia tidak berjaya mengatasi krisis hidup manusia boleh mengalami kecelaruan.
13.                        DIAGNOSIS KECELARUAN MENTAL
o    Temubual klinikal
o    Ujian Psikologi
o    Pemeriksaan neurologi
14.                        KLASIFIKASI KECELARUAN MENTAL
o    DSM – Diagnostic and Statistical Manual for Mental Disorder
o    Menyenaraikan dan menghuraikan tentang penyakit mental
o    DSM I (1952)
o    DSM II (1968)
o    DSM III (1980)
o    DSM IV (1994)
o    Diterima umum, digunakan oleh ahli terapi, pekerja kesihatan mental,penyelidik – gunakan bahasa / istilah yang sama .
15.                         
16.                        KECELARUAN KEBIMBANGAN ( Anxiety disorders)
o    Kecelaruan yang lumrah, biasa bagi semua orang dan dialami dalam kehidupan seharian.
o    Kebimbangan merupakan emosi wujud akibat daripada sebab yang kabur (berbeza dengan takut).
o    Kebimbangan : Perasaan yang tidak jelas tentang ketidakselesaan yang akan berlaku.
17.                 
o    Kebimbangan menjadi celaru apabila ianya hebat dan berpanjangan (dan masih wujud walaupun penyebab sudah tiada)
o    Terdapat beberapa bentuk kebimbangan: menyeluruh, panik, obsesif-kompulsif, fobia, dan pascatraumatik.
18.                        Kebimbangan Menyeluruh (Umum) – ( generalized anxiety disorder)
o    Dicirikan oleh kebimbangan yang kekal dan kronik dalam kebanyakan bidang hidup (menyeluruh); bimbang berlebih-lebihan.
o    Ciri-ciri: cemas, susah hati, resah, tegang, sukar tidur, tiada tumpuan; fisiologinya mudah berpeluh, degupan jantung yang kuat, sakit kepala, ketegangan otot.
o    Teori-teori menerangkannya secara berbeza-beza: biologi, psikoanalisis, kognitif, dan humanistik.
19.                        Simptom kecelaruan kebimbangan menyeluruh
20.                        Kecelaruan Panik ( Panic disorder)
o    Panik: serangan mendadak/mengejut menyebabkan masalah pemikiran tidak tersusun, perasaan takut dan ketidakupayaan, tingkah laku tanpa tujuan.
o    Memberi kesan kepada fisiologi – degupan jantung, nafas tersekat, berpeluh etc.
o    Boleh berlaku secara berperingkat-peringkat.
o    Teori-teori menerangkan cara berbeza-beza – biopsikologikal dan kognitif
21.                         
22.                        Kecelaruan Obsesif-Kompulsif (OCD- obsesive-compulsive disorder)
o    Obsesi: pemikiran,imej atau impuls yang berterusan, yang tidak dapat dilenyapkan. Cth teringat niat utk lakukan sesuatu- cederakan orang , dirogol,
o    Kompulsi: gesaan untuk bertingkah laku yang tidak dapat ditahan ; t/laku berulang yg tdk rasional – mengira, memeriksa, menyentuh, mengumupl berulang-ulang.
§  Cth: membasuh tangan, menyentuh objek etc.periksa lampu, kunci pintu
o    Pemikiran dan tindakan ini boleh membawa kepada kebimbangan.
o    Tujuh kategori obsesi/kompulsi.
23.                         
24.                        Kategori obsesif kompulsif
o    1. obsesi keraguan – kerisauan berterusan
o    2. obsesi pemikiran- ingatan pd peristiwa berterusan cth. Apa akan berlaku jk jadi isteri dll
o    3. obsesi impuls- gesaan untuk bertindak. Cth basuh tangan
o    4. obsesi ketakutan – takut akan buat silap
o    5. obsesi imej- bayangkan imej yang berterusan dan tidak menyenangkan.
o    6. hasilkan kompulsi – tindakan yang dicadangkan oleh pemikiran
o    7. mengawal kompulsi – kawal pemikiran.
25.                 
o    Kesan-kesan negatif akibat daripada kecelaruan obsesif-kompulsif
§  Bukan kerelaan mereka (terdesak – tiada kawalan)
§  Rasa malu (tidak rasional)
§  Merasa putus asa kerana merasakan masalah tidak dapat dipulihkan
§  Menyebabkan masalah konsentrasi dan kepenatan mental
o    Penerangan: psikodinamik dan behaviorisme
26.                        Fobia
o    Daripada istilah Phobos (Tuhan takut)
o    Pengalaman takut yang keterlaluan, berpanjangan dan tidak rasional terhadap objek, aktiviti atau situasi.
o    Ciri-cirinya:
§  Tingkah laku tidak rasional
§  Berpanjangan
§  Tingkah laku penghindaran
§  Ketidakupayan
o    Jenis:
§  Agorafobia
§  Fobia sosial
§  Fobia khusus: situasi, persekitaran semulajadi, haiwan, kecederaan
o    Penerangan: biologikal; psikodinamik; pembelajaran; humanistik.
27.                        Jenis-Jenis Fobia
28.                        Gerun tempat tinggi Gerun Haiwan Gerun tempat terbuka
29.                        Gerun yang biasa dialami oleh manusia
30.                        Tekanan Pascatraumatik (PSTD) (Post-traumatic stress disorder)
o    Pengalaman peristiwa lalu yang mengerikan/menakutkan
o    Simptom: kebimbangan, apati emosi, dan rasa bersalah; sukar memberikan tumpuan, teringat-ingat; kewaspadaan melampau; ketegangan, tingkah laku agresif; mengambil akohol.
o    Rangsangan pencetus boleh menyebabkan ingatan kembali pada trauma asal (bau, tempat, benda-benda spt. pisau etc)
o    Penerangan: kognitif
31.                        KECELARUAN SOMATOFORA
o    Soma – tubuh badan
o    Kecelaruan yang dicirikan oleh simptom fizikal (tubuh badan rasa sakit) tetapi dari segi fizikal sebenar tidak sakit – hanya psikologikalnya rasa sakit.
o    Fizikal dibuktikan tidak sakit, tetapi secara psikolognya fizikal rasa sakit.
32.                        Kecelaruan Somatisasi
o    Rasa sakit pada bahagian fisiologi, tetapi bukan kerana faktor fisiologi; sebenarnya faktor psikologi
o    Bentuk rasa sakit; demam, penat, kebas-kebas, masalah berjalan.
o    Secara psikologi: mereka murung, bimbang.
o    Mempengaruhi kehidupan harian
33.                        Hipokondrias
o    Kecelaruan terlalu prihatin kepada simptom penyakit
o    Membesar-besar penyakit yang kecil
o    Terlalu resah gelisah dengan penyakit yang kecil
o    Cth: kudis anggap barah.
34.                        Kecelaruan Jelmaan (konversi) - Conversion disorder
o    Merasakan diri berubah dari segi fisiologi – menjadi pekak, buta etc.
o    Ini bukan akibat faktor fisiologi tetapi psikologi.
o    Seseorang itu benar-benar menjadi pekak, buta etc akibat daripada faktor psikologi.
o    Masalah psikologi ditukarkan/convert/jelmakan kepada masalah fisiologi.
o    Seseorang merasakan dirinya lumpuh walhal fisiologinya baik.
35.                        Faktor kecelaruan somatofora
o    Pendekatan psikodinamik – kebimbangan drp impuls seksual yang ditekan. Kebimbangan diubah pd bahagian badan.
o    Pendekatan biopsikologikal – fktor genetik.
o    Behaviorisme- pengurangan t/jwb oleh penjaga dan peneguhan t/l. kanak-kanak lakukan utk dpt perhatian.
o    Humanistik- melindungi kendiri melalui pencacatan kendiri.
36.                        KECELARUAN PEMISAHAN ( Dissociative Disorders)
o    Manusia dipisahkan daripada dirinya (tidak mengetahui dirinya – eg. lupa)
o    Manusia tidak menyedari dirinya sebenar
o    Dalam bentuk kehilangan identiti atau mempunyai lebih daripada satu identiti
o    Boleh disebabkan peristiwa traumatik
37.                        Amnesia Psikogenik ( Psychogenic amnesia)
o    Amnesia – hilang ingatan akibat faktor fizikal atau psikologi (peristiwa traumatik)
o    Ingatan muncul kembali dalam beberapa jam atau hari
o    Jenis-jenis:
§  Amnesia setempat
§  Amnesia terpilih
§  Amnesia menyeluruh
§  Amnesia berterusan
38.                        Jenis-jenis amnesia
o    Amnesia setempat – hilang ingatan utk j/m khusus yang berkait dgn trauma.
o    Amenesia terpilih – hilang ingatan pd ingatan ttu sahaja.
o    Amnesia menyeluruh – hilang seluruh ingatan
o    Amnesia berterusan – agak lama.
39.                        Fugue Psikogenik
o    Kehilangan keseluruhan ingatan – tidak menyedari langsung identiti dan kehidupan lalu.
o    Fugue – lari daripada rumah; pesakit merayau-rayau dari pada rumah.
o    Bertingkah laku tidak konsisten dengan personaliti asalnya
o    Mengambil masa beberapa hari atau bulan.
o    Boleh disebabkan oleh traumatik – malapetaka, perselisihan keluarga yang serius (traumatik), penolakan diri yang mendalam.
40.                        Depersonalisasi
o    Merasa bukan dirinya yang sebenar – lawan personalisasi.
o    Merasa dirinya “herot” (distorted)
o    Contoh: merasa tangannya besar, diri macam robot; atau persekiataran rasa berubah, tidak seperti biasa.
o    Kadang kala pesakit menyedari apa yang mereka lihat dan rasa itu tidak benar, tetapi masih tetap merasakan sedemikian.
41.                        Personaliti Pelbagai
o    Dikenali sebagai kecelaruan identiti
o    Split personality – berubah daripada satu personaliti ke satu personaliti yang lain,
o    Personaliti-personaliti itu adalah berbeza-beza – nilai, tingkah laku, ekspresi perasaan etc.
o    Kurang menyedari tentang personaliti asal
o    Contoh: siang berpersonaliti baik etc; malam berpersonaliti yang berlawanan.
o    Jarang berlaku
o    Penyebab: biasanya sejarah traumatik (didera) di zaman kanak-kanak.
42.                        KECELARUAN MOOD
o    Mood – perasaan subjektif seseorang
o    Diluahkan dalam bentuk bahasa dan tidak berbahasa.
o    Perubahan perasaan manusia dari masa ke semasa perkara lumrah.
o    Ia celaru apabila mengalamai kemurungan dan kegembiraan yang melampau dalam jangka masa panjang yang mengganggu kehidupan.
43.                        Kemurungan Major
o    Dicirikan oleh kehidupan yang amat tidak menggembirakan dan hilang minat untuk hidup.
o    Simptom lain: hidup tidak menyeronokan; pandangan negatif terhadap diri sendiri; rasa tidak berguna; tidak bermaya; putus asa; menyahkan diri sendiri; kurang bertenagan; masalah tidur; sukar membuat keputusan.
o    Faktor: pandangan negatif terhadap diri sendiri dan dunia, masa hdapan; dan perfectionist (kesempurnaan) – rasa tidak berguna apabila tidak dapat mencapai kesempurnaan.
44.                        Pemikiran Tak Rasional
45.                        Kecelaruan Pascapartum
o    Pasca-selepas; partum – melahirkan anak.
o    Berlaku di kalangan wanita selepas melahirkan anak.
o    Simptom: perubahan mood – menangis, kecewa, menyesal, persepsi yang salah.
o    Faktor: perubahan hormon; perasaan tugas sebagai ibu yang membeban; perubahan dinamik keluarga; kurang sokongan.
46.                        Kecelaruan Musim
o    Banyak berlaku di negara yang mempunyai empat musim.
o    Biasa berlaku pada musim sejuk (waktu malam yang singkat – kurang cahaya).
o    Mengalami kemurungan – cenderung makan dan tidur berlebihan.
o    Disebabkan oleh hormon serotonin yang mengawal jam sikardian (jam biologi).
o    Pengubatan dengan cara memberi cahaya
47.                        Kecelaruan Dwikutub
o    Alami dua “mood” yang berbeza secara radikal.
o    Contoh: pada satu ketika alami kemurungan major, pada ketika lain alami mania (rasa sangat gembira, begitu optimistik dan aktif).
o    Apabila berada dalam mania seolah-olah tidak berpijak di bumi nyata- tidak rasional (eg menghabiskan wang dengan berjudi etc.)
o    Simptom mania: penuh bertenaga, kelam kabut, jarang tidur, bercakap dengan laju dan kuat.
o    Biasanya ditahan, khuatir mengganggu diri sendiri dan orang lain.
48.                        Kecelaruan Dwikutub
49.                         
50.                        Faktor Kecelaruan Mood
o    Pendekatan biologikal: faktor genetik dan neuropemancar; diwarisi secara genetik; dan neuropemancar serotonin dan norepinefrina. Terlalu banyak norepinefrina bawa kepada mania, terlalu kurang bawa kepada kemurungan.
o    Pendekatan kognitif: keherotan pemikiran; melihat dunia dan diri secara negatif (rasa diri kurang, tidak berguna etc)
o    Pendekatan Psikodinamik: tidak mampu meluahkan perasaan negatif dengan berkesan; penolakan ibu-bapa terhadap anak-anak,
51.                 
o    Pendekatan behaviorisme : faktor pembelajaran dan persekitaran; kekurangan kemahiran untuk memperolehi peneguhan yang sewajarnya diterima, dan kesannya menjadi murung
o    Pendekatan humanistik : kekecewaan yang dialami dalam mencapai kehendak(penyemournaan kendiri); perbezaan di antara kendiri sebenar dengan kendiri ideal.
o    Pengalaman tekanan : peristiwa-peristiwa lalu yang pernah dialami- kematian, kehilangan pekerjaan etc.
52.                        SKIZOFRENIA
o    Skizofrenia – “minda bahagi dua”; bertingkah laku terkeluar daripada tingkah laku normal.
o    Dicirikan oleh gangguan kognitif, emosi dan tarik diri sosial; menderitai psikosis; hilang hubungan dengan realiti.
o    Dalm DSM, skizofrenia dikelaskan sebagai kecelaruan psikotik
o    Dua bentuk skizofrenia:
§  Skizofrenia tenat – dialami secara mengejut tanpa ada sejarah lalu.
§  Skizofrenia kronik – dialami secara berpanjang dan adanya sejarah skizofrenia dan sukar untuk sembuh.
53.                        Simptom: kecelaruan kognitif
o    Tidak berpijak di bumi nyata; ganjil, persepsi herot, bahasa tidak dapat difahami
o    Halusinasi: pengalaman persepsi palsu – mendengar, melihat rangsangan yang tidak wujud.
§  Halusinasi pendengaran
§  Halusinasi penglihatan
o    Delusi: pengalaman kepercayaan palsu – percaya tentang sesuatu yang tidak benar/wujud.
54.                        Jenis Delusi
o    A) delusi kebesaran: diri org terpenting.
o    B) delusi penganiayaan: diri akan dianiayai.
o    C) delusi kawalan: diri dikawal oleh org lain.
o    D) delusi keagamaan: kepercayaan palusu ttg agama.
o    E) delusi mania erotik : dicintai oleh individu terkenal
o    F) delusi bersalah/berdosa: melakukan kesalahan atau dosa
o    G) delusi somatik: ketidaklaziman pada diri
o    H) idea rujukan: dirinya menjadi tumpuan umum
o    I) Penyiaran pemikiran: pemikirannya diketahui oleh orang lain
o    J) Penarikan kembali pemikiran: percaya org lain boleh mencuri pemikirannya
o    K) Pemasukan pemikiran: pemikiran org lain dalam pemikirannya.
55.                        Simptom: Gangguan Emosi
o    Contoh: kurang menunjukkan gerakbalas emosi; gerakbalas emosi tidak sesuai dengan situasi.
o    Jenis
§  Emosi tidak sesuai
§  Emosi berlebih-lebihan
§  Emosi malap
§  Emosi mendatar
§  Anhedonia
56.                        Gangguan emosi
o    Emosi tidak sesuai – cth ketawa bila dlm keadaan sedih
o    Emosi berlebih-lebihan – terlalu gembira utk perkara kecil
o    Emosi malap – tidak ceria
o    emosi mendatar – tiada t/balas emosi
o    Anhedonia- kosong emosi
o    Kecelaruan tingkah laku – tarik diri sosial
57.                        Simptom: Kecelaruan Tingkah Laku
o    Dicirikan oleh tarik diri sosial.
o    Ingin berhubung tetapi takut
o    Kurang minat terhadap orang lain
o    Ada yang kecelaruan motor
o    Bahasa sukar difahami
o    Ada yang bertindak seperti kanak-kanak
o    Bertingkah laku tidak sesuai dengan situasi
o    Tiada tingkah laku pengurusan diri – kotor etc.
58.                         
59.                        Skizofrenia Paranoid
o    Mempunyai kepercayaan palsu (delusi) dan juga halusinasi – curiga terhadap org lain / bertengkar
o    Mempunyai identiti lain dari pada asal (mendakwa diri sebagai nabi etc.) – skizofrenia besar.
o    Terlalu curiga pada orang lain – berfikiran orang lain ingin menjatuth, menculik atau membunuh mereka.
o    Pesakit kelihatan seperti orang normal (dari pakaian etc.), Cuma pemikirannya yang celaru.
o    Dikenali sebagai skizofrenia parafrenik.
60.                        Skizofrenia Hebefrenik
o    Yang paling serius, di alami di peringkat awal kehidupan.
o    Dicirikan oleh halusinasi dan delusi, serta ketidaksesuaian tingkah laku, kebodohan, tingkah laku ganas dan ganjil.
o    Pemikiran pesakit adalah kacau bilau, berpecah-pecah, tidak teratur.
o    Tingkah laku tidak teratur: kotor, tidak sopan, makan makanan kotor.
o    Sukar untuk sembuh
o    Dikenali juga sebagai skizofrenik.
61.                        Skizofrenia katatonik
o    Biasanya tidak menunjukkan pergerakan langsung (menjadi kaku), tidak sedarkan diri, atau mungkin menggoncangkan diri.
o    Sama ada kaku atau menggoncangkan diri dalam jangka waktu yang lama.
o    Sekarang penyakit ini sudah jarang terjadi, kerana ubat telah ditemui
62.                        Kecelaruan delusi/ skizofrenia besar
o    Boleh dibezakan dengan skizofrenia paranoid.
o    Delusi yang dialami tidak disertai dengan halusinasi
o    Delusi – percaya bahawa dirinya adalah seseorang yang agung (nabi, tuhan etc) yang ingin menyelamatkan manusia.
o    Ramai pengikutnya – yang terdiri daripada orang siuman.
o    Contohnya: ketua ajaran sesat.
63.                        Faktor Skizofrenia
o    PENDEKATAN BIOPSIKOLOGIKAL
o    Menekankan faktor genetik (kajian kembar seiras)
o    Faktor kimia dalam otak (neuropemancar)
o    PSIKODINAMIK
o    Pesakit gagal mengatasi kebergantungan ke atas ibu mereka
o    Gagal mempertahankan mereka daripada kebimbangan diakibatkan impuls id bawah-sedar
64.                        Skizofrenia: aktiviti otak
65.                        Skizofrenia: Faktor genetik
66.                        Skizofrenia: faktor genetik
67.                        Skizofrenia: Dopamin
68.                        Teori
o    BEHAVIORISME
o    Pesakit diberi ganjaran apabila bertingkah laku dalam keadaan ganjil
o    Pesakit mengalami penolakan sosial (pengelaman) – akibatnya curiga kepada orang lain.
o    KOGNITIF
o    Disebabkan gangguan terhadap tumpuan dan perhatrian
o    Kanak-kanak keliru dengan tindakan ibu-bapa, tidak selari dengan apa yang biasa difikirkannya.
o    HUMANISTIK
o    Tidak selari diantara kendiri awam dengan kendiri sebenar
o    Cuba lari daripada realiti ketika tidak berjaya mencapai apa yang diinginkan
69.                        KECELARUAN PERSONALITI
o    Kecelaruan salah adaptif
o    Banyak jenis kecelaruan personaliti
o    Bermula di awal kehidupan
o    Gangguan kepada diri sendiri dan juga orang lain
o    Sukar untuk disembuhkan
70.                        Jenis-Jenis Kecelaruan Personaliti
o    Kecelaruan personaliti paranoid
o    Kecelaruan personaliti skizoid
o    Kecelaruan personaliti skizotipal
o    Kecelaruan personaliti antisosial
o    Kecelaruan personaliti pinggiran
o    Kecelaruan personaliti histrionik
o    Kecelaruan personaliti narsisistik
o    Kecelaruan personaliti pengelakan
o    Kecelaruan personaliti kebergantungan
o    Kecelaruan personaliti obsesif-kompulsif
71.                        Jenis-Jenis Kecelaruan Personaliti
o    Paranoid – mencurigai org lain, berahsia, terlalu sensitif dan tidak mesra, berjaga-jaga pd bahaya. tidak meminta bantuan, berkongsi perasaan dan mengalami ketegangan yang kronik.
o    Skizoid – tarik diri sosial. Tiada gangguan kognitif yang serius.
o    Skizotipal – percakapan ganjil, pemikiran sempit, perasaan tidak sesuai dgn situasi, herot kognitif. Ilusi dan bayangan yang mengganggu.
o    Antisosial – langgar undang-undang, suka ambil kesempatan dan tidak rasa bersalah. Berpura-pura dan punyai kemahiran ttu.
72.                 
o    Pinggiran – peribadi tidak stabil, rasa kosong, kurang identiti diri, t/l menghancur. Panik, dan tidak tenang
o    Histrionik – cenderung mencari rangsangan dan keseronokan hidup. Fokus pd diri utk tarik perhatian.
o    Narsistik – berusaha mencari kuasa dan kejayaan. Enggan menerima kegagalan. Utamakan kesempurnaan. Kemarahan bila gagal.
o    Pengelakan – mengelak dri kontak sosial
o    Kebergantungan- memerlukan bantuan org lain dlm tugas.
o    Obsesif kompulsif – menyemak kembali objek dlm masa yang lama .
73.                        Kecelaruan seksual
o    Masalah yang menekan, berpanjangan dan berulang-ulang keinginan seksual.
o    Kecelaruan keinginan seksual – tiada keinginan /pasif seksual.
o    Kecelaruan bangkitan seksual – mati pucuk
o    Kecelaruan kemuncak – tidak mencapai kenikmatan seksual
o    Kecelaruan sakit seksual
74.                        Dyfungsi Seksual
o    Kecelaruan keinginan seksual
o    Kecelaruan bangkitan seksual
o    Kecelaruan kemuncak
o    Kecelaruan sakit seksual
75.                        Paraphilias
o    Fetishisme - mencapai keseronokan seksual drp objek bukan manusia cth pakaian dalam. Akibat pembelajaran tidak betul
o    Fedofilia - aktiviti seksual dgn kanak-kanak
o    Ekshibisionisme - mendedahkan alat kelamin dalam situasi tidak sesuai. Lazim pd lelaki
o    Voyeurisme - bangkitan seksual dengan mengintai org lain melakukan aktiviti seksual
o    Masokisme seksual - kenikmatan dgn mencedera diri.
o    Sadisme seksual - keseronongan degn menyakitkan fizikal atau psikologikal pasangan seksual
o    Transvestisme - memakai pakaian jantina berlawanan
o    Paraphilias lain: keseronokan dgn haiwan (zoophilia) ; pasangan sejenis (dyshomophilia) , mayat (necrophilia) dan kehadiran org lain (troilism)
76.                        Personaliti Antisosial
77.                        RUMUSAN: KECELARUAN PSIKOLOGI
78.                        RUMUSAN
o    Psikologi bilazim adalah psikologi tidak normal (tidak lazim) – tingkah laku dan pemikiran.
o    Banyak faktor menyebabkanya, seperti yang diterangkan oleh teori-teori tertentu.
o    Psikologi bilazim juga boleh dalam beberapa jenis.
o    Cara pengubatan dalam psikologi adalah berkaitan dengan TERAPI

Tiada ulasan:

Catat Ulasan