Psychology

Psychology

Selasa, 21 September 2010

TAJUK:ISU KERUNTUHAN AKHLAK DAN MORAL DI KALANGAN REMAJA (SAMSENG JALANAN, BULI, SEKS BEBAS).

By Alvarez

1.0 Pengenalan
Zaman  beredar  terlalu  cepat.
Kadangkala  kita  alpa  tentang  persekitaran sekeliling  yang  telah  mengalami  banyak  perubahan  ke  arah  kemajuan seiring  dengan  kemajuan  di  negara-negara  maju.
Bagi  negara membangun seperti Malaysia perubahan-perubahan yang besar ini telah memberi  banyak  impak  positif  dari  segi  ekonomi,  pembangunan, perindustrian,  pelaburan,  perbankan,  pertanian  dan  sebagainya.
Tetapi bagaimana pula dengan tahap sosial masyarakat negara terutama remaja di  mana  mereka  inilah  yang  akan  memacu  pembangunan  negara  pada masa akan datang. Kebelakangan ini terlalu banyak diperkatakan isu yang berkaitan  dengan  masalah  sosial  yang  melibatkan  remaja. 
Pelbagai andaian, hujah, cadangan, program dan aktiviti bagi menangani masalah sosial ini diutarakan. 
Perlakuan sosial yang negatif dalam bentuk devian sosial  tidak  seharusnya  merupakan  satu  petunjuk  ke  atas  kelemahan masyarakat  untuk  membudayakan  pembangunan  secara  positif  yang berteraskan prinsip dan nilai-nilai murni kemanusiaan serta agama

2.0 Pengertian keruntuhan akhlak dan moral, remaja
Secara  umumnya  keruntuhan  akhlak  dan  moral  merangkumi  pelbagai perlakuan  negatif  anggota  masyarakat  yang  tidak  membawa  sokongan dan  keuntungan  kepada  kekuatan  sistem  dan  struktur  ekonomi  yang diamalkan dalam sesuatu masyarakat ataupun negara.Secara  perundangan  tidak  terdapat  definisi  yang  khusus  bagi mengkategorikan remaja. Akta Pekerjaan Kanak-Kanak dan Orang Muda 1996  mentakrifkan  seorang  kanak-kanak  adalah  mereka  yang  berada dalam  lingkungan  umur  10  hingga  14  tahun.  Dalam  Akta  Pengangkatan 1952,  kanak-kanak  didefinisikan  mereka  yang  berumur  21  tahun  ke bawah.  Walaupun  setiap  akta  ini  tidak  menjelaskan  peringkat  umur tertentu,  secara  umumnya  dalam  membicarakan  masalah  remaja, golongan  remaja  yang  perlu  ditumpukan  adalah yang  berumur di bawah 21  tahun  dan  sebahagian  besar  daripada  mereka  masih  dalam  alam persekolahan.Di  antara  tajuk  yang  dikupas  di  bawah  keruntuhan  akhlak  dan moral  remaja  pada  masa  ini  adalah  isu-isu  yang  berkaitan  dengan  isu samseng jalanan, isu buli dan juga isu seks bebas. Isu ini sudah menjadi isu yang hangat diperkatakan di media-media masa dan media elektronik. Isu berkaitan remaja ini juga perlu diberi penekanan kerana bangun dan jatuhnya sesebuah negara adalah bergantung kepada bagaimana badan-badan  kerajaan  dan  juga  bukan  kerajaan  memainkan  peranan  mereka dalam cara mengatasi masalah keruntuhan akhlak dan moral di kalangan remajaama.

3.0 Isu-isu Keruntuhan Akhlak Remaja
3.1 Isu Samseng Jalanan
Masalah kebejatan sosial seperti aktiviti pelumbaan motosikal haram oleh penunggang  motosikal  yang  tidak  bertanggungjawab  atau  lebih  dikenali sebagai  ‘mat  rempit’  bukanlah  merupakan  satu  isu  yang  baru memandangkan  gejala  sebegini  telah  wujud  sekian  lama  di  jalan-jalan raya  di  negara  ini.  Menurut  kamus  Dewan  Bahasa  dan  Pustaka,  rempit bermaksud  menyesah  atau  memukul  sesuatu  contohnya  dengan menggunakan  rotan.  Sebutan  rempit  itu  sendiri  sebenarnya  adalah berasal  daripada  perkataan  rampit  iaitu  menggambarkan  pelumba memeras minyak di jalan raya (litar).'Samseng  jalanan'  akan  menggantikan  istilah  Mat  Rempit  bagi mengelak publisiti dan pembentukan identiti kepada golongan berkenaan. Ketua  Trafik  Pasukan  Bukit  Aman,  Datuk  Abdul  Aziz  Yusof  menyatakan bahawa  keputusan  tersebut  dicapai  oleh  Polis  Diraja  Malaysia  (PDRM) pada  mesyuarat  pasukan  itu  di  Pulau  Pinang  baru-baru  ini.  Beliau  turut meminta  pihak  media  dan  pengeluar  filem  agar  tidak  mengagung-agungkan  golongan  berkenaan  dengan  memberi  publisiti  keterlaluan. Pihak  Polis  tidak  mahu  mempopularkan  istilah  Mat  Rempit  kerana  tidak mahu golongan itu mempunyai identiti sendiri dan bangga dengan istilah tersebut.  Penggunaan  istilah  dan  penghasilan  filem  aktiviti  Samseng Jalanan  pada  pendapatnya  dapat  menggalakkan  lagi  kegiatan  tidak bermoral di kalangan belia negara ini.Mat Rempit merupakan istilah kepada penunggang motosikal yang terlibat dalam perlumbaan haram, biasanya dengan menggunakan motor kapcai  atau  skuter.
Ia  merupakan  satu  gejala  sosial  remaja  di  Malaysia sekarang.  Minah  Rempit  pula  boleh  jadi  merupakan  seorang  pelumba perempuan, atau teman wanita Mat Rempit.Kebanyakan  motosikal  yang  digunakan  Mat  Rempit  tidak memenuhi piawai, ataupun telah diubah suai dengan banyak. Malah ada juga Mat Rempit yang tidak mempunyai lesen sah, tidak membayar cukai jalan  dan  menaiki  motosikal  curi.  Kini,  taman  perumahan  turut  telah ditukar  menjadi  litar  lumba  oleh  Mat  Rempit.  Dianggarkan  di  Malaysia sahaja terdapat kira-kira 200,000 Mat Rempit. Istilah Mat Rempit ini turut digunakan di Singapura dan Indonesia untuk tujuan yang sama.Mereka  beraksi  pada  waktu  senja,  malam  atau  selepas  ibu  bapa pulang  daripada  bekerja.  Remaja  ini  mencuri  kunci  motosikal  atau memberi alasan membeli barang di kedai berdekatan atau pergi ke pasar malam. Ibu bapa tidak sedar anaknya boleh pergi jauh sehingga ke Kuala Lumpur.Mereka  beraksi  di  celah-celah  kereta  yang  penuh  sesak  di  Kuala Lumpur  untuk  mendapat  perhatian  orang  ramai.  Di  Kuala  Lumpur  jalan yang  popular  ialah  Jalan  Raja  Laut,  Jalan  Tuanku  Abdul  Rahman  dan Jalan  Bukit  Bintang.  Lebuh  raya  Lekas  di  Semenyih  yang  belum  siap sepenuhnya telah mengorbankan beberapa remaja belasan tahun.Menurut  penulis  Al-Islam  (Erwanz,  2009)  “Aksi-aksi  yang ditunjukkan  oleh  mereka  tidak  ubah  seperti  aksi  yang  ditayangkan  di dalam drama dan filem. Mengapa remaja kita memilih jalan ini? Tidakkah mereka  fikir,  perbuatan  mereka  hanyalah  sia-sia?”  Trend  menunjukkan aksi  menunggang  motosikal  di  jalanraya  dengan  pelbagai  bentuk  gaya oleh  remaja  dan  belia  khususnya  sehingga  mendatangkan  kecelakaan perlu dikawal dan dihapuskan segera secara menyeluruh kerana ia akan menjadi  gejala  sosial  yang  sukar  dirawat.  Ia bukan sahaja berleluasa  di kawasan bandar, malah di kampung, aksi mat rempit sentiasa mendapat perhatian murid sekolah rendah yang kemudian mencuba aksi berbahaya dengan basikalnya. Antara aksi-aksi berbahaya yang biasanya dilakukan oleh golongan mat rempit ini lalah:
•Wheelie - menunggang laju sambil mengangkat tayar di bahagian depan.
•Wikang  -  menunggang  sambil  mengangkat  tayar  di  bahagian belakang.
•Scorpion  -  menunggang  motosikal  sambil  kaki  menghala  di bahagian atas.
•Superman  -  menunggang  laju  sambil  terbaring  persis  aksi superhero, Superman.
•Pereng/corner - bahagian meletak kaki bergesel di jalan raya ketika menunggang di selekoh.Remaja  merempit  untuk  mencari  keseronokan,  kepuasan, kemasyhuran,  wang  dan  perempuan.  Kepuasan  dan  keseronokan  untuk melepaskan diri sementara dari tekanan hidup. Mengecapi bentuk hiburan yang  murah  dengan  hanya  berbekalkan  RM4  untuk  minyak  dan keberanian  untuk  beraksi.  Ada  yang  mendapat  habuan  lumayan  berupa wang dan perempuan. Bukan semua berani mati begitu tapi wang taruhan dikumpul dalam kalangan mereka, menyuburkan lagi gejala ini. Mengikut statistik PDRM, sejak 2001 sehingga Mei 2008, sebanyak 3,182  penunggang  motosikal  ditahan  kerana  pelbagai  kesalahan  lalu lintas,  dan  2,970  daripadanya  berusia  antara  16  tahun  dan  25  tahun.  Kegilaan  anak-anak  muda  ini  bukan  sahaja  berbahaya  tetapi menambahkan  lagi  kadar  kemalangan  dan  kematian  penuggang motosikal dijalan raya.  Statistik Polis Diraja Malaysia (PDRM) mendapati kes  kematian  di  jalan  raya  melibatkan  penunggang  dan  pembonceng motosikal di negara ini dalam tempoh tujuh tahun kian meningkat. Pada tahun 2005, sebanyak 3,175 kematian dicatat bagi kelompok itu,  berbanding  3,088  (2004),  3,166  (2003),  3,034  (2002),  2,972  (2001), 3,118 (2000) dan 2,960 (1999). Daripada Januari 2007 hingga Julai 2007, didapati bahawa sebanyak 242 tangkapan dilakukan, 200 daripadanya di sekitar Kuala Lumpur. Statistik keseluruhannya menunjukkan 2005 hingga Julai tahun ini (2008) sebanyak 1,557 pelumba haram berjaya ditangkap di bawah Sekyen 42 Akta Pengangkutan Jalan 1987.Kaum  Melayu  mendahului  jumlah  tangkapan,  iaitu  1,436 tangkapan,  Cina  (51  tangkapan),  India  (63  tangkapan)  dan  kaum-kaum lain  (tujuh  tangkapan).  Daripada  statistik  itu  juga,  mereka  yang  bekerja sendiri paling ramai terlibat iaitu 269 orang, diikuti pengganggur 256 orang dan  pelajar  238  orang.  Mereka  yang  bekerja  sebagai  buruh  turut ditangkap seramai 186 orang, pekerja kilang 174 orang, penghantar surat 161  orang,  mekanik  59  orang,  dan  lain-lain  214  orang.  Golongan  mat rempit  yang  berumur  lingkungan  16  hingga  20  tahun  paling  ramai ditangkap  iaitu  913  orang,  diikuti  umur  21  hingga  25  tahun  seramai  550 orang, 26 hingga 30 tahun seramai 63 orang, bawah 15 tahun seramai 26 orang dan lebih 31 tahun seramai lima orang 3.2 Isu Buli
Apakah  yang  dikatakan  pelakuan  buli?  Pelakuan  buli  merupakan  satu fenomena  yang  kompleks  (Collins  et  al.,  2004).  Tingkah  laku  buli  boleh ditunjukkan  dalam  pelbagai  bentuk  dan  cara  tanpa  mengira  jantina. Terdapat  pelbagai  definisi  tentang  pelakuan  buli  diberikan  oleh  para sarjana. Definisi pelakuan buli ini pula bergantung kepada budaya sesuatu masyarakat. Mungkin satu pelakuan itu dikatakan pelakuan buli oleh satu masyarakat  dan  bagi  masyarakat  lain  ianya  bukan  pelakuan  buli.  Bagi masyarakat  melayu,  penggilan  nama  atau  gelaran  yang  tidak  baik misalnya  bukan  satu  pelakuan  buli,  sebaliknya  sebagai  pelakuan  yang bersifat gurauan. Definisi pelakuan buli yang paling banyak diterima pakai oleh para sarjana ialah definisi pelakuan buli yang diberikan oleh Olweus (1993a)  yang  mengatakan  pelakuan  buli  ialah  tingkah  laku  agresif  yang dilakukan  secara  berulang  kali  terhadap  orang  lain  secara  individu  atau secara berkumpulan. Pelakuan buli merupakan juga satu bentuk interaksi sosial dimana individu  yang  lebih  dominan  (pembuli)  akan  menunjukkan  tingkah  laku aggresif yang cenderung menyebabkan ketidak selesaan kepada individu yang  kurang  dominan  atau  lemah  (mangsa  buli).  Menurut  Rigby  (1996) pula, tingkah laku buli ialah perbuatan menekan atau menindas sama ada secara fizikal atau psikologi oleh seseorang yang lebih berkuasa terhadap seseorang yang tidak berkuasa. Apa yang penting dalam mendefinisikan pelakuan buli ialah wujudnya ketidak imbangan kuasa antara pembuli dan mangsa buliMenurut  Wikipedia,  Buli  bermaksud  perbuatan  mengasari  orang yang  lemah  dengan  tujuan  atau  maksud  untuk  menunjukkan  kekuatan masing-masing.  Ini  secara  tidak  langsung,  menjadikan  mereka  yang lemah mematuhi atau menghormati mereka yang kuat.  Ada maksud lain yang menyatakan bahawa buli bermaksud tingkah laku agresif sama ada dalam bentuk fizikal atau psikologikal yang dilakukan secara berulang kali ke  atas  mangsa  dan  ia  bertujuan  mendatangkan  perasaan  tidak  selesa, aman,  tenteram  dan  harmoni.  Secara  keseluruhannya,  perbuatan membuli merupakan perbuatan yang tidak baik serta boleh membuatkan orang  lain  boleh  menjadi  mangsa  serta  boleh  mendatangkan  ketidak selesaan kepada orang lain.
Pembuli
Terdiri  daripada  pelajar  menengah  atas  iaitu  tingkatan  empat,  lima,  dan enam.
•Bertubuh besar, tegap, dan tinggi.
•Melibatkan  sekumpulan  pelajar  dan  biasanya  usia  mereka  adalah sebaya.
•Membuli  satu  cara  untuk  menghilangkan  perasaan  bosan  di sekolah.
•Kejayaan  membuli  pelajar  junior  akan  menunjukkan  mereka  kuat, berkuasa, dan tidak mudah digertak.
Dibuli
Di  Malaysia,  pelajar-pelajar  yang  sering  menjadi  mangsa  ialah  pelajar menengah rendah iaitu tingkatan satu, dua, dan tiga serta pelajar sekolah rendah.
•Bertubuh kecil.
•Pelajar yang kerap dipuji oleh guru akan menjadi sasaran.
•Pelajar baru di sekolah.
Sebenarnya terdapat banyak sebab kenapa mereka suka membuli. Antara sebabnya adalah:
•Faktor rakan sebaya mempunyai pengaruh paling kuat untuk mengubah tingkah laku pelajar.
•Individu  yang  membuli  ini  mungkin  ingin  memperlihatkan rasa tidak puas hati mereka.
•Mereka pernah menjadi mangsa buli.
•Gangguan personaliti seperti antisosial golongan yang tidak pernah berasa bersalah apabila membuat kesilapan.
•Individu  yang  gagal  mengendalikan  emosi  dengan  baik. Golongan ini biasanya terdapat pada kanak-kanak hyperactive atau cergas  yang  melampau  yang  sering  bersikap  tidak  pernah mengambil peduli perasaan orang lain.
•Mereka  yang  tidak  berjaya  dalam  pelajaran,  nakal,  dan mempunyai masalah disiplin.
•Akibat perceraian ibu bapa.
•Terlalu dimanja oleh ibu bapa.
•Sekadar mahu berseronok.
•Mereka  bosan  dengan  sekolah  dan  membuli  pelajar  lain merupakan salah satu cara untuk menghilangkan perasaan bosan.
•Marah  dan  benci  pada  mangsa  atas  sebab  disayangi  guru atau gemar bercakap dalam bahasa Inggeris.
•Ingin menunjukkan kekuatan sendiri.
•Faktor  terakhir  yang  mungkin  memainkan  peranan  yang penting  ialah  media  massa  dan  cetak  yang  memaparkan  aksi, pertuturan, dan tingkah laku yang ditayangkan di media elektronik dan  media  cetak  menjadi  ikutan  sehingga  seolah-olah  pelakon tersebut menjadi 'role model' bagi golongan remaja.

3.3 Isu Seks Bebas
Remaja dan  seks bebas adalah dua  perkara yang  boleh  dikatakan  tidak boleh  terlepas  dari  digandingkan  bersama.  Perkara  seperti  ini  sudah menjadi trend dan jika ada remaja yang tidak tahu dan pernah melakukan seks  dikatakan  kolot  dan  jumud.  Kajian  yang  dilakukan  oleh  Universiti Pensylvania menunjukkan terdapat lebih kurang 400,000 remaja dibawah umur  di  Amerika  yang  berkerja  sebagai  pelacur,  dan  menurut  The Washington  Post  yang  bertarikh  11  Februari  2000  melaporkan  80% daripada bahan-bahan lucah yang melibatkan kanak-kanak atau dikenali dengan istilah Child Pornography adalah datangnya dari asia iaitu Negara Jepun.  Dan  baru-baru  ini  juga  kita  dikejutkan  dengan  kajian  seorang penyelidik  yang  mengatakan  bahawa  boleh  dikatakan  1  remaja  wanita dalam 10 wanita melakukan seks secara bebas. Ada juga remaja yang mengaitkan cinta dengan seks, dan jika ada cinta  yang  tidak  menyediakan  seks  maka  ia  bukan  dinamakan  cinta. MasyaAllah  begitu  bahaya  dan  dangkal  pemikiran  sebegini,  dan menakutkan  bagi  masyarakat  Malaysia  khususnya.  Remaja  kini beranggapan bahawa seks ini adalah satu perkara yang enteng dan tidak perlu  diperbesarkan.  Memang  nyatalah  apa  yang  dikatakan  oleh  Nabi Muhammad  dalam  sebuah  hadis  yang  diriwayatkan  oleh  Bukhari  dalam sahihnya “Akan muncul daripada umatku yang menghalalkan Zina, sutera bagi  lelaki,  minuman  arak  dan  lagu-lagu  yang  melalaikan”.  Zina  adalah perlakuan  seks  diantara  berlainan  jantina  tanpa  apa-apa  ikatan  yang menghalalkannya, dan memang kini sudah berlambak dan menjadi barah dikalangan remaja kita. Apa yang menyedihkan ialah tiada sesiapa yang peduli  mengenai  isu  ini  dengan  serius.  Sedangkan  zina  ini  amatlah dilarang  dalam  Islam, sesungguhnya  Zina  itu  adalah  satu  perbuatan  yang  keji.  Dan  satu  jalan yang buruk” (Al-Israk:32) Memanglah kita katakan bahawa gelora seks ini adalah satu fitrah tapi kita perlu sedar bahawa gelora seks ini perlu disalurkan berdasarkan petunjuk yang telah digariskan Islam itu sendiri bukan berdasarkan hawa nafsu  kita.  Antara  jalan  yang  paling  tepat  untuk  menyalurkan  keinginan nafsu  ini  ialah  dengan  pernikahan. 
Sabda  Nabi  Muhammad  “Wahai pemuda,  siapa  di  antara  kalian  sanggup  untuk  bernikah  maka  nikahlah. Sesungguhnya  dengan  pernikahan,  penglihatan  akan  lebih  terpelihara dan kemaluan akan lebih terjaga.” (hadis Ibnu Mas’ud yang diriwayatkan oleh  Bukhari,  muslim  At-Tirmidzi,  dan  an-Nasai.  Penyataan  dalam  hadis tersebut  bermakna  berkemampuan  untuk  membiayai  pernikahan  dan memberi  nafkah  (al-muntaqa  min  kitab  at-tarhib  wa  targib,  al-Qardhawi: 2/549 no 1095)Dan  Nabi  juga  bersabda  tentang  adanya  bentuk  ibadah  dalam perlakuan  seks  yang  halal  diantara  suami  dan  isteri  iaitu  “Dalam perhubungan  badan  terdapat  nilai  sedekah”.  Sahabat  bertanya  “Wahai RasulAllah,  apakah  jika  salah  seorang  diantara  kami  menyalurkan shawatnya  akan  mendapat  pahala?”.  Sabda  Nabi  “Bukankah  apabila hubungan  itu  dilakukan  dalam  bingkai  haram  ia  berdosa?  Maka,  jika dilakukan dalam bingkai halal ia akan mendapat pahala”.Antara  komplikasi  atau  kesan  seks  bebas  menurut  perubatan moden  antaranya  ialah  penyakit  jangkitan  seksual  atau  dikenali  sebagai STD. STD bermaksud sexually transmitted disease,dan penyakit ini kerap menjangkiti  individu  melalui  seks  bebas.  Lebih  kurang  dua  puluh  jenis penyakit  daripada  kumpulan  ini  sudah  dikenal  pasti  antaranya  ialah syphilis, gonorrhea, genital herpes,  genital wart,  trichomoniasis, bacterial vaginosis,  ifeksi  cytomegalovirus,  infeksi  Chlamydia  dan  yang  paling berbahaya ialah AIDS.
11 malahan  untuk  mendekatinya  pun  Islam  melarang sepertimana  Allah  berfirman  “Janganlah  kamu  mendekati  kepada  zina, Di  Amerika  sahaja  ia  menjangkiti  13  juta  manusia  setahun  dan majoritinya  ialah  kaum  wanita  (sumber  perubatan  islam  dan  bukti  sains moden).  Dan  kos  yang  diperlukan  bagi  merawat  dan  mencegahnya menjangkau  $10  Billion. 
Antara  komplilasi  yang  timbul  melalui  penyakit-penyakit ini ialah:
•mengandung  diluar  rahim  atau  dikenali  sebagai  ectopic pregnancy
•barah kemandulan
•sakit jantung
•infeksi dan sakit puanDan bagi bayi yang dilahirkan pula akan mengalami:
•penyakit radang paru-paru
•terencat akal
•ganguan sistem saraf dan sakit mataMenurut  Institusi  Alahan  dan  Penyakit  Berjangkit  Kebangsaan (NAID)  Amerika,  jumlah  kes  penyakit  jangkitan  seksual  semakin meningkat  pada  hari  ini.  Ini  disebabkan  ramai  remaja  terlibat  dengan hubungan  seks  tanpa  perkahwinan  disamping  berleluasa  seks  bebas  di dalam masyarakat

 4.0 Statistik Gejala Sosial Remaja
Di  Malaysia, remaja  merangkumi  lebih  daripada  separuh  keseluruhan penduduk.  Oleh  kerana  bilangannya  yang  ramai,  maka  masalah  yang berkaitan dengan kelompok ini juga banyak.Statistik  pembabitan  kanak-kanak  dalam  jenayah  dari  Januari hingga  Disember  2003  yang  dilaporkan  oleh  Jabatan  Siasatan  Jenayah, Ibu  Pejabat  Polis  Bukit  Aman  menunjukkan  kanak-kanak  lelaki  dan perempuan Melayu di seluruh negara adalah yang paling ramai ditangkap iaitu seramai 3,617 orang (3,541 lelaki dan 76 perempuan). Pembabitan  mereka  yang  paling  tinggi  adalah  dalam  kes  jenayah harta  benda  iaitu  mencuri  kenderaan  (Seksyen  379A)  bagi  tempoh sepanjang tiga tahun terakhir (2001-2003). Statistik yang dikeluarkan oleh Bahagian Perancangan dan Sistem Maklumat,  Jabatan  Kebajikan  Masyarakat  (JKM)  pula  mencatatkan sehingga  September  2003,  seramai  113  pesalah kanak-kanak menjalani cubaan akhlak berbanding 98 pada 2002 dan 95 pada 2001.Pesalah  kanak-kanak  yang  diperintahkan  mahkamah  supaya ditempatkan  di  sekolah  akhlak  adalah  198  sehingga  September  2003, berbanding 401 pada 2002 dan 317 pada 2001. Manakala kanak-kanak yang diperintahkan ditempatkan di Sekolah Henry  Gurney  pula  seramai  67  sehingga  September  2003,  berbanding 154 pada 2002 dan 147 pada 2001.
Selain pembabitan jenayah harta benda, samun bersenjata api dan penyalahgunaan dadah juga mencetuskan kebimbangan. Seramai 91,447 penagih  dadah  dikesan  di  seluruh  negara  antara  2001  hingga  Oktober 2003 dengan hampir 70 peratus daripadanya Melayu. Statistik Agensi Dadah Kebangsaan menunjukkan 31,556 penagih dikesan  pada  2001,  31,893  (2002)  dan  27,998  dalam  tempoh  Januari hingga Oktober 2003.Kesan  penyalahgunaan  dadah  di  Malaysia  kini  dirasai  apabila generasi muda tidak lagi mampu menyumbang tenaga untuk memajukan negara malah menjadi golongan perosak. Timbul  pertanyaan  adakah  mereka  sanggup  kehilangan  negara dan menjadi seperti China yang terbabit dalam Perang Candu (1840-42) serta musnah akibat penyalahgunaan dadah. Pada  1838,  China  mencatatkan  12  juta  penagih  candu  yang memberi peluang kepada Barat untuk mengubah idea politik dan struktur sosial negara itu. Bayangkan kuasa besar seperti China boleh ditawan mudah hanya dengan  menggunakan  dadah  dan  apa  pula  nasib  negara  ini  di  tangan generasi muda kita. Semua senario itu menjelaskan kepada kita betapa rapuhnya jiwa remaja  dan  belia  yang  kita  harapkan  suatu  hari  nanti  menggalas tanggungjawab memimpin negara.

5.0 Punca Keruntuhan Akhlak
Daripada  data  dan  statistik  yang  dibentangkan,  terbukti  isu  keruntuhan ahklak  di  kalangan  remaja  masih  pada  tahap  yang  tinggi.  Keruntuhan ahklak  ini  dapat  dilihat  dari  pelbagai  sudut.  Antara  punca  yang  dikenal pasti adalah seperti berikut;
5.1 Perasaan Ingin Tahu dan Ingin Mencuba
Remaja ialah mereka yang berumur 18 tahun ke bawah. Pada peringkat usia ini, mereka mempunyai perasaan ingin tahu yang tinggi. Justeru apa-apa  sahaja  perkara  baru  yang  terjadi  di  sekeliling  mereka  akan mengundang perasaan ingin tahu dalam kalangan remaja.Secara  tidak  langsung  membuatkan  mereka  terdorong  untuk mencuba  dan  melakukan  perkara-perkara  yang  yang  tidak  sepatutnya. Jika  perasaan  ingin  tahu  dan  ingin  mencuba  ke  arah  kebaikan  seperti aktiviti membina teknologi automotif yang baru dan berfaedah ini perlulah diberi  penekanan  yang  tinggi.  Perasaan  begitu  sebenarnya  adalah  baik untuk  remaja,  namun  yang  menimbulkan  masalah  apabila  mereka  tiada ‘guide line’ dari orang-orang yang sepatutnya, umpamanya para ibu bapa, keluarga,  jiran  dan  sebagainya.  Jadi  perasaan  ingin  tahu  remaja  akan mendorong mereka melakukan apa ingin dilakukan tanpa memikirkan baik atau buruknya perkara perkara tersebut.
5.2 Pengaruh Rakan Sebaya
 Kawan-kawan  menjadi  orang  yang  rapat  dengan  mereka.  Kawan  yang baik,  boleh  membimbing  mereka  kepada  kebaikan,  namun  jika  tersilap memilih  kawan,  akan  mempengaruhi  mereka  kepada  perkara-perkarayang  buruk.  Selain  itu  sikap  remaja  turut  menyumbang  kepada  gejala sosial,  kadangkala  mereka  ini  terlalu  mudah  mempercayai  orang  lain. Umpamanya, jika mereka merasakan rakan-rakan mereka lebih rapat dan lebih  memahami,  dengan  mudah  mereka  akan  mengikut  apa  yang dilakukan oleh rakan-rakan. Mereka lupa bahawa “kawan juga kadangkala boleh makan kawan”. Dalam keadaan ini ramai para remaja terjerumus ke dalam gejala sosial.Pengaruh  di  sekolah  juga  penting  dalam  pembentukkan  akhlak remaja.  Tekanan  yang  dihadapi  pelajar  semasa  di  sekolah  kerana tumpuan  terpaksa  diberikan  dalam  akademik  serta  guru  yang  kurang profesional dalam menangani masalah pelajar yang bermasalah akhirnya menyebabkan  pelajar  mengambil  jalan  mudah  untuk  keluar  daripada masalah itu dengan terlibat dengan kegiatan-kegiatan yang kurang sihat. Situasi ini didorong oleh kurang perhatian daripada ibu bapa di rumah.
5.3 Pengaruh Media Massa
Media massa juga menjadi penyumbang kepada berlakunya gejala sosial dalam  kalangan  para  remaja  hari  ini.  Tidak  semuanya  apa  yang dipaparkan  di  media  massa  itu  memberikan  kesan  yang  buruk.  Namun, ada  segelintir  program-program  dan  drama-drama  yang  memaparkan pergaulan  bebas  dalam  kalangan  remaja,  program-program  realiti televisyen,  serta  rancangan-rancangan  yang  bersifat  hiburan  semata-mata  mempengaruhi  para  remaja  dengan  perkara  yang  tidak  baik. Umpamanya corak pergaulan remaja yang jauh dari nilai-nilai ketimuran, cara berpakaian yang kurang sopan dan gaya hidup yang mengikut cara barat.  Terdapat  juga  unsur-unsur  lucah  dan  mengghairahkan  terdapat dengan  mudah  dipasaran  sama  ada  dalam  bentuk  bercetak,  CD,  atau lain-lain selain dari itu bahan media ini mudah diperolehi.
5.4 Sikap Keluarga
Institusi keluarga penting untuk membantu mengelakkan para remaja dari terjebak  dengan  gejala  sosial.  Paling  penting  perlu  dititik  beratkan  ialah tentang  agama.  Adanya  asas  agama  yang  teguh,  remaja  tidak  akan sewenang-wenangnya terjerumus kepada perkara yang tidak baik. Dalam hal  ini  peranan  ibu  bapa  sangat  penting,  terutamanya  sebagai  model kepada  anak-anak.  Kesibukan  bukan  alasan  sebagai  penghalang  ibu bapa  mengambil  berat  hal  anak-anak  mereka.  Paling  penting  ibu  bapa tahu  berperanan  dan  mengamalkan  masa  yang  berkualiti  dengan  anak-anak.  Ibu  bapa  seharusnya  mempunyai  masa  untuk  berkomunikasi  dan mengambil tahu perihal anak-anak mereka. Selain itu, ibu bapa yang memiliki anak remaja hendaklah ‘menjadi rakan’ kepada mereka. Dengan ini anak-anak akan lebih mempercayai ibu bapa  dan  menjadikan  mereka  sebagai  rujukan  jika  berdepan  dengan masalah. Apabila anak-anak bercerita tentang masalah mereka, ibu bapa hendaklah memberikan tumpuan. Jangan terus membuat spekulasi yang tidak baik ataupun terus menghukum. Berikan masa untuk berbincang dan mencari jalan penyelesaian terbaik. Ibu bapa juga digalakkan merancang aktiviti  bersama  anak-anak  dan  ahli-ahli  keluarga.  Para  ibu  bapa  juga perlu  sentiasa  memantau  keadaan  anak-anak,  tidak  boleh  ‘just  take  for granted’.  Mereka  tidak  boleh  membiarkan  anak-anak  bersendirian menentukan  jalan  hidup  mereka.  Anak-anak  perlu  dibimbing.  Selain  itu, ibu  bapa  perlu  mengenali  rakan  anak-anak  remaja  mereka.  Jika  perlu, sesekali  minta  supaya  anak-anak  membawa  rakan-rakan  mereka  ke rumah  supaya  dapat  dipastikan  dengan  siapa  anak  kita  berkawan.  Ibu bapa  harus  sentiasa  berdoa  agar  anaperkara-perkara  yang  tidak  diingini.  Mereka  harus  sedar  bahawa  doa ibubapa sangat penting untuk kesejahteraan hidup anak-anak.Justeru,  bolehlah  dikatakan  bahawa  punca-punca  keruntuhan akhlak  yang  utama  adalah  kemerosotan  dari  segi  asuhan,  didikan, bimbingan  serta  kawalan  oleh  ibu  bapa  atau  penjaga.  Selain  itu, tekanan hidup,  sikap  mengejar  kemewahan  serta  penglibatan  dalam aktiviti  sosial  lain  menyebabkan  ibu  bapa  dan  anak  kurang  kesempatan untuk  bercakap,  berbincang,  berdamping  antara  satu  sama  lain.  Malah ada  yang  jarang  bersua  muka.  Keadaan  ini  menyebabkan  remaja membawa cara hidup sendiri tanpa panduan dan pengawasan ibu bapa. Antara punca-punca lain keruntuhan akhlak yang berkaitan dengan hubungan  kekeluargaan  adalah  alam  rumah  tangga  yang  tidak  teratur, perpisahan  ibu  bapa,  pertengkaran  yang  kerap  berlaku  dalam  keluarga, keadaan  sosio-ekonomi  yang  sempit,  suasana  rumah  tangga  yang  tidak harmonis dan tenteram serta tidak keupayaan pihak penjaga mengawasi pendidikan  anak-anaknya  boleh  juga  membawa  kepada  kancah keruntuhan moral.Justeru,  sebagai  ibu  bapa  dan  anggota  masyarakat  yang bertanggungjawab,  kita  seharusnya  menjalankan  kewajipan  dengan merancang  aktiviti,  mengenal  pasti  masalah  anak,  memberi  nasihat, pedoman,  memberikan  kemudahan-kemudahan  serta  mengawal  selia anak sepanjang masak-anak  mereka  terhindar  dari
6.0 Cara Mengatasi Masalah
Perbincangan mengenai  keruntuhan  ahklak remaja adalah berkisar isu pelajar remaja. Justeru, strategi mengatasi masalah seharusnya ditumpukan pada golongan remaja ini. Berikut beberapa saranan:
6.1 Peranan ibu bapa
Peranan  Ibu  bapa  adalah  amat  penting  dalam  memberikan perhatian  yang  serius  terhadap  anak-anak  mereka.  Ibu  bapa mestilah  memerhatikan  setiap  gerak-geri  atau  pergerakan  anak-anak  mereka.  Ibu  bapa  hendaklah  sentiasa  mengetahui  dan mengenal  pasti  masalah  yang  dihadapi  oleh  anak  mereka  serta sanggup meluangkan masa untuk mengatasai masalah tersebut. Ibu bapa  juga  seharusnya  mengetahui  rakan-rakan  anak  mereka  dan sentiasa  memastikan  anak-anak  mereka  berkawan  dan  bergaul dengan mereka yang mempunyai kedudukkan moral yang baik.Selain  itu  ibu  bapa  hendaklah  menghabiskan  sebahagian daripada  masa  seharian  bersama  anak-anak  mereka  dengan memberikan  keyakinan,  keberanian,  mewujudkan  sikap  positif terhadap  masalah,  emosi  dan  keputusan.  Selain  itu  tingkatkan penghayatan anak-anak terhadap agama, nilai-nilai murni, motivasi, melatih anak cara bersopan, prinsip-prinsip akauntabiliti, tepati janji, berketerampilan,  menunjukkan  keperibadian  yang  mulia,  amanah, sanggup menerima kelemahan diri serta meneroka potensi anak. Ibu bapa hendaklah menjadi
role model
 kepada anak.
6.2 Pendekatan akademik
Pendekatan  ini  boleh  dilakukan  dengan  menambahkan  aktiviti-aktiviti berteraskan akademik dan separa akademik seperti kegiatanko-kurikulum di sekolah.  Begitu juga dengan perubahan-perubahan teknik-teknik  pengajaran  seperti  penggunaan  komputer,  video, bantuan alat pandang dengar dan teknik pengajaran luar kelas.
6.3 Penguatkuasaan Undang-Undang
Mewujudkan  sistem  perundangan  di  sekolah.  Peruntukan  undang-undang  di  peringkat  sekolah boleh  menimbulkan  rasa  takut  di kalangan  pelajar  sekolah,  di  samping  mengurangkan  beban  dan tanggungjawab  pihak  sekolah  dan  pihak  ibu  bapa  dalam pengawasan disiplin.Penguatkuasaan  undang-undang  oleh  pihak  berkuasa  seperti polis  amatlah  berkesan  sekiranya  pemantauan  dilakukan  secara berterusan. Bidang kuasa polis yang sedia ada perlu digunakan oleh pihak pentadbir sekolah dalam mendisiplinkan pelajar-pelajar. Pihak pentadbir  hendaklah  mengambil  kesempatan  dengan  merujuk masalah pelajar ini kepada pihak polis.Langkah-langkah  pencegahan  yang  bersesuaian  hendaklah diadakan  seperti  kaunseling  di  peringkat  sekolah.  Kaunseling  di peringkat  sekolah  adalah  penting  dalam  membantu  remaja mengatasi  masalah  mereka.  Program  ini  akan  lebih  bermakna sekiranya  kaunselor-kaunselor  yang  berkelayakan  dan berpengalaman  dilantik  dalam  memantapkan  pelaksanaan  dan keberkesanan kaunseling tersebut.
6.4 Peranan PIBG
Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) perlulah memainkan peranan yang penting. Pertemuan yang lebih kerap antara ibu bapa, penjaga dan  guru  perlu  diadakan  khasnya  bagi  pelajar-pelajar  yang bermasalah. Ibu bapa seharusnya menerima teguran daripada guru dengan  sikap  terbuka  dan  positif.  PIBG  jangan  lah  jadi  umpama “KUCING TAK BERGIGI, TIKUS LOMPAT TINGGI-TINGGI”

7.0 Kesimpulan
Keruntuhan akhlak dalam kalangan remaja pada hari ini akan memberikan kesan  dan  impak  yang  begitu  besar  dalam  masyarakat.  Remaja merupakan  aset  utama  negara  pada  masa  akan  datang,  memainkan peranan yang sangat penting dalam pembangunan negara. Kesan jangka panjang dan jangka pendek pasti akan berlaku seandainya remaja pada hari  ini  tidak  tahu  bagaimana  untuk  membentuk  dan  memuliakan  akhlak mereka.  Akhlak  merupakan  peribadi  dan  cermin  diri  bagi  seseorang individu. Kiranya individu itu mempunyai akhlak yang buruk, maka secara automatiknya peribadi individu itu juga akan menjadi buruk. Remaja yang mempunyai akhlak yang buruk boleh memberi kesan kepada diri sendiri, keluarga,masyarakat, dan negara.Pelbagai langkah boleh diambil dan dilaksanakan, tetapi apa yang lebih penting: ibu bapa mestilah memainkan peranan dan tanggungjawab dalam mengatasi masalah keruntuhan akhlak di kalangan remaja. Dengan kata  lain,  walau  apapun  langkah  yang  diambil  oleh  mana-mana  pihak, tanpa kerjasama daripada ibu bapa, nescaya gejala ini sukar diatasi.



http://www.scribd.com/doc/20990974/ISU-KERUNTUHAN-AKHLAK-DAN-MORAL-DI-KALANGAN-REMAJA-SAMSENG-JALANAN-BULI-SEKS-BEBAS

Tiada ulasan:

Catat Ulasan